Friday, May 15, 2009

Saiz penentuan diapers

Size diapers bergantung kepada berat kanak-kanak :
Size Berat
S 3 kg - 6 kg
M 6 kg - 9 kg
L 9 kg - 12 kg
XL 12 kg keatas

(* saiz yang dimaksudkan merujuk kepada standard saiz kanak-kanak Malaysia sahaja - bukan di peringkat antarabangsa)

Penentuan size diapers tidak bergantung pada umur kanak-kanak. Sekiranya kanak-kanak tersebut berusia 1 tahun dengan berat 9 kg, dia perlu dipakaikan dengan saiz L. Jika kanak-kanak tersebut berusia 1 tahun dengan berat hanya 7kg, saiz diaper yang sesuai untuknya adalah saiz M.

Timbanglah berat anak anda dan dapatkan saiz diapers yang bersesuaian demi keselesaannya. Bagi kanak-kanak dengan berat melebihi 15kg, saiz diapers yang bersesuaian adalah XXL.

Walau bagaimanapun, kebanyakan kanak-kanak Malaysia (dengan berat 15kg ke atas) telah boleh dilatih untuk ke bilik air dan ia amat digalakkan memandangkan pemakaian diapers yang terlalu lama adalah tidak efektif untuk perkembangan dan pembesaran kanak-kanak.

Penting : Saiz diapers yang tidak sesuai akan memudaratkan kesihatan dan tumbesaran kanak-kanak. Contohnya, diapers yang sempit untuk anak lelaki boleh menjadi faktor ketidaksuburan kanak-kanak tersebut bila dewasa kelak!

Sumber dipetik dari :"Penggunaan Diapers Kanak-kanak" ; kertas kerja yang dibentangkan dalam SEMINAR PENJAGAAN KANAK-KANAK DAN BAYI, 2002.

0 comments:

 
Blogger Templates by Wishafriend.com